Testimoni




MEDICAL TERMINOLOGY 

Western medicine describe the treatment of medical conditions with medications, by doctors, nurses who employ methods developed according to Western medical and scientific traditions. Western medicine encompasses all types of conventional medical treatment, including surgery, chemotherapy, radiation, and physical therapy.

Complementary medicine has the same interventions when used in conjunction with western medicine. Complementary medicine can work along with the western medicine to help the healing process of the patient.

Adjunctive therapy is treatment used together with the primary treatment. Its purpose is to assist the primary treatment.


Herbal medicine is a traditional medicine based on the use of plants and plant extracts. Major advantages with herbal medicine are that it compliments western medicines by speeding up the recovery process and does not have side effects. Herbal medicine also helps in minimizing the side effects caused by conventional medicine.

Citralife lemongrass – Complementary Medicine and Adjunctive Therapy (in conjunction with western medicine) for major ailments. Citralife acts as a booster and accelerator in the healing process. Lemongrass is a Herbal Medicine for minor ailments. No side effects. Consider a form of Preventive Medicine to maintain good health.


MINUMAN HERBA CITRALIFE


1.0    POTENSI CITRALIFE

Minuman terapeutik serai Citralife telah memberi manfaat dan menyembuhkan pesakit-pesakit yang menderita pelbagai penyakit dalam jangka masa yang singkat sahaja. Mereka bertanya kepada kami, apakah yang menjadikan Citralife jauh lebih baik daripada serai segar.

Bagi menghasilkan kualiti terbaik dan memelihara potensi Citralife, kami:
•    Memilih spesis serai yang terbaik.
•    Memiliki ladang serai yang hanya menggunakan baja organik untuk memelihara kualiti serai.
•    Menggunakan hanya bahagian serai yang terbaik dalam penghasilan Citralife (80gram Citralife terhasil daripada 1kg serai segar).
•    Menggunakan tenaga hijau untuk memproses Citralife bagi memelihara alam sekitar.
•    Mengoptimumkan masa pemprosesan pada suhu yang sesuai bagi memelihara khasiat serai.
•    Menjalankan kitaran pemprosesan yang singkat bermula daripada penuaian hingga pembungkusan bagi memastikan kandungan citral yang tinggi.

2.0    KEBERKESANAN SERAI

Rapat Nusantara Sdn Bhd telah menjalankan ujian pragmatik selama lebih dari 18 bulan kepada pelanggan setia Citralife. Hanya hasil yang konsisten sahaja (iaitu keputusan yang sama mengikut kategori penyakit) yang dihebahkan sebagai testimoni. Kami menyiarkan hasil ujian ini ke atas keberkesanan serai bagi beberapa jenis penyakit dengan cara:

- testimoni secara bertulis daripada para pelanggan seperti yang terpapar di blog kami.
- testimoni secara lisan daripada pelanggan setia kami.

Serai merupakan tumbuhan herba tradisional di mana kadar keberkesanannya adalah perlahan jika dibandingkan dengan ubatan moden. Minuman Serai Citralife telah dikategorikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diiktiraf status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3.0    PESAKIT KANSER / BARAH

Kajian universiti di Timur Tengah telah mendapati bahawa citral di dalam serai mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain. Citral adalah komponen yang memberikan aroma dan rasa pada serai.

Kajian mendapati bahawa citral boleh menyebabkan sel-sel kanser ‘membunuh diri’ atau apoptosi iaitu mekanisme yang dikenali sebagai program mematikan sel barah. Dengan hanya meminum 1g serai , kuantiti citral sudah mencukupi untuk menyebabkan sel-sel barah ‘membunuh diri’ di dalam tabung uji. Sesetengah doktor yang mengetahui khasiat dan kebaikan serai telah mencadangkan pesakit kanser untuk mengambil minuman serai. Pesakit kanser digalakkan untuk mengambil 5 hingga 10 cawan sehari untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Bilangan Neutrophil Mutlak -Absolute Neutrophil Count (ANC) digunakan untuk menilai dan menentukan tahap sistem imunisasi selepas menjalanikan rawatan kemoterapi. ANC menunjukkan bilangan sel darah putih pesakit di mana sel-sel ini penting untuk melawan penyakit. ANC yang normal adalah melebihi 2 500 sel per microliter (2500 sel/µL) dan sekurang-kurangnya 1000 sel/µL diperlukan untuk melawan penyakit. Selepas menjalani rawatan kemoterapi, BMT dan radiasi, bacaan ANC pesakit boleh mencecah 0 sel/µL. Apabila ANC bawah daripada 500 sel/µL, pesakit akan diasingkan daripada orang ramai bagi mengelakkan diri daripada jangkitan kuman.

Kebanyakkan pesakit kanser yang mengambil minuman serai selepas rawatan kemoterapi telah menunjukkan kadar baik pulih yang lebih cepat dalam bacaan ANC masing-masing (3 kali lebih cepat). Oleh itu, serai memecutkan kadar pemulihan dalam sistem imun selepas rawatan kemoterapi. Peningkatan  dalam bacaan ANC yang normal adalah 2 hingga 3 bulan untuk pesakit-pesakit kanser. Manakala pesakit-pesakit kanser yang meminum teh serai hanya  mengambil 3 minggu untuk baik pulih berdasarkan kepada testimoni-testimoni yang banyak dari pesakit-pesakit kanser.

4.0    KISAH BENAR PESAKIT LEUKEMIA

Seorang remaja yang berumur 16 tahun disahkan menghidap leukimia 2 tahun lalu, ayahnya telah berhenti kerja demi memberi penjagaan yang terbaik dan sokongan untuk anaknya yang  perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 3 tahun. Pesakit-pesakit kanser yang lain telah mencadangkan pengambilan serai untuk membantu rawatan kanser. Maka, ayahnya membuat kajian mengenai kebaikan serai dalam merawat kanser. Beliau mengambil masa yang lama membuat penyelidikan terhadap khasiat serai. Belau bertanya dengan pakar kanser dan profesor institusi perubatan berkenaan serai sebagai rawatan herba untuk leukimia.

Apabila doktor-doktor tidak membantah ideanya menggunakan serai sebagai ubat herba untuk anaknya, beliau membeli serai segar dari pasar, membersihkannya, memotongnya, mencincangnyai dan memasukannya ke dalam air panas. Kemudian beliau merebus serai dalam periuk besar dan menghidangkan minuman serai kepada anaknya untuk diminum setiap hari.

Semasa rawatan kemoterapi, dia minum beberapa cawan serai dan selepas kemoterapi dia minum lebih untuk meningkatkan kadarnya pemulihan sistem imunnya. Laporan ANCnya menunjukkan pemulihan lebih cepat  iaitu 3 minggu berbanding dengan tempoh biasa selama 2 hingga 3 bulan. Doktornya  terkejut dengan laporan ANCnya dan doktor  bertanya pada bapanya, “Adakah anda  memberi anak perempuan anda minuman serai?” dan jawapan bapa ialah “YA”. Semenjak itu, dia telah pada rumusan  serai ini bersama dengan rawatan kemoterapinya dalam  2 tahun yang lalu. Protokolnya ialah 3 tahun rawatan kemoterapi.

Sesetengah pakar kanser menasihati pesakit-pesakit kanser supaya tidak ,mengambil ubat cina semasa menjalani rawatan kemoterapi bagi mengelakkan gangguan rawatan yang diberikan oleh doktor. Sesetengah ubatan cina mengandungi ramuan yang sifat  serupa dengan ubatan kimia.

Oleh kerana serai merupakan sejenis sayuran, serai tidak mengganggu rawatan kemoterapi anaknya yang kini menjalani rawatan di hospital untuk tahun yang ke 3.

Dengan kajian yang dijalankan di Timur tengah dan testimoni pesakit-pesakit kanser mengenai bacaan ANC mereka, kami percaya bahawa serai mempu membina sistem pertahanan badan dengan lebih cepat selepas menjalani rawatan kemoterapi.

5.0    BAGAIMANA SERAI BERTINDAK?
Lemongrass memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada  peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita  untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.

5.1    DETOKSIFIKASI
Herba serai Citralife mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing.
Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai Citralife juga membantu menurunkan berat badan.

5.2    PENGHADAMAN

Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.

5.3    PENGURANGAN TEKANAN DARAH
Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai Citralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.

6.0    KRISIS PENYEMBUHAN, TINDAK BALAS PEMBERSIHAN ATAU TINDAK BALAS PENYAHTOKSIKAN

Setelah mengambil minuman herba serai Citralife, sesetengah orang (kira-kira 10% daripada pengguna Citralife) mungkin mengalami Krisis Penyembuhan, Tindak Balas Pembersihan atau Tindak Balas Penyahtoksikan. Krisis Penyembuhan berlaku apabila badan kita cuba membuang toksik pada kadar yang lebih cepat berbanding pada badan anda mampu terima. Sesetengah orang berasa sakit semasa proses pembersihan berlaku kerana badan membuang toksin ke saluran darah untuk dibuang keluar daripada badan.

Semasa proses ini berlaku, anda mungkin mengalami sakit (sakit tekak, cirit-cirit, sakit dan sengal sendi, demam, kerap membuang air kecil) yang lebih teruk dari yang sedia ada dan anggap bahawa rawatan ini tidak berkesan. Tetapi sebaliknya, ini menunjukkan keberkesanan rawatan dan menunjukkan badan anda sedang menjalani proses pembersihan dan penyahtoksikan. Sakit- sakit yang dialami ini hanya bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 hingga 3 hari setelah mengambil Citralife.

Krisis penyembuhan adalah salah satu hasil daripada sistem badan yang berfungsi untuk membuang toxin dan bahan buangan daripada badan dan memperbaiki semula sistem badan. Kesannya, tisu-tisu lama digantikan dengan yang baru. Penyaktoksikan berlaku menyebabkan organ di dalam badan (terutamanya hati, yang menyimpan lebihan sisa dadah dan racun) untuk membuang lebihan sisa racun dan dadah yang tersimpan. Selepas krisis penyembuhan dan pembersihan toxin dari dalam badan. anda akan merasa lebih segar dan muda.

7.0     BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KHASIAT CITRALIFE?

Testimoni adalah penunjuk yang baik dan ia harus seiring dengan perubatan professional diagnosis dan rawatan. Jangan tangguh atau mengabaikan nasihat doktor bagi penyakit-penyakit ringan dan berat. Gunakan maklumat yang di dapati daripada Citralife sebagai penunjuk dan dapatkan nasihat doktor jika anda ada sebarang keraguan. Jika anda dalam rawatan tertentu atau mempunyai gejala-gelaja penyakit berterusan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil minuman serai Citralife.
Atau dengan cara lain, minum Citralife selama 4 hari berterusan dan berhenti mengambilnya selama 3 hari mengikut kitaran 1 minggu.

8.0    PERHATIAN

Testimoni adalah petunjuk yang baik dan seharusnya seiring dengan perubatan moden. Jangan tangguh atau mengabaikan nasihat doktor bagi penyakit-penyakit utama. Gunakan maklumat yang di dapati daripada Citralife sebagai petunjuk dan dapatkan nasihat doktor jika anda ragu-ragu. Jika anda dalam rawatan tertentu atau mempunyai gejala-gelaja penyakit, sila dapatkan nasihat doctor sebelum mengambil minuman serai Citralife.

9.0    MOTIVASI

Hidup adalah hadiah yang berharga daripada Tuhan. Kualiti kehidupan kita bergantung kepada kesihatan fizikal kita. Kesihatan adalah satu asset yang tidak ternilai. Kesihatan kita bergantung pada gaya hidup  seimbang seperti pemakanan, tabiat tidur, senaman, aktiviti harian dan lain-lain. Serai merupakan salah satu Minuman terapeutik yang ringkas atau mudah untuk mengekalkan kesihatan, menyembuhkan pelbagai penyakit dan kembali kan kesihatan normal.

Bila ayah saya didiagnoskan dengan kanser prostat peringkat 3, keluarga kami putus harapan. Sejak itu, ayah saya menjalani rawatan radiasi dan kini menjalani rawatan hormone. Bila saya dimaklumkan tentang kajian yang telah membuktikan serai mampu memebunuh sel-sel kanser secara invitro, saya melakukan penyelidikan dan membina sebuah system hijau bagi memproses serai untuk dijadikan minuman herba. Kebetulan, ayah saya turut mendapati bahawa sakit artritis pada lututnya telah berkurang setelah mengambil minuman serai Citralife selama beberapa minggu.

Pelbagai keputusan yang menakjubkan dari testimoni-testimoni telah mendorong kami untuk menjalankan penyelidikan dengan lebih mendalam lagi terhadap keberkesanan serai. Kami mula kumpul-semak  data statistik dari pelanggan yang mengambil minuman serai Citralife. Semasa kami mendokumentasikan testimoni-testimoni tersebut, testimoni daripada para pengguna Citralife adalah konsisten/selaras dan kami mengambil keputusan untuk berkongsi dengan masyarakat umum dengan harapan lebih ramai lagi yang akan tampil memberi testimoni, sokongan atau membuktikan yang sebaliknya mengenai penyelidikan kami.Kami sanggup membiayai sebarang penyelidikan di universiti dan hospital berkenaan khasiat serai.


Gan Khai Chung, PhD (Melbourne Universiti)
Pengarah Penyelidikan


Gan Khai Chung, Pengarah Penyelidikan 

Dr Gan Khai Chung mendapat Ijazah Kejuruteraan (Kepujian Kelas Pertama) pada tahun 1982 dan PhD dalam Kejuruteraan di Melbourne Universiti pada tahun 1986. Beliau mendapat tajaan daripada Kerajaan Victoria, Australia untuk pengajian lanjut peringkat sarjana kedoktoran. Beliau merupakan eksekutif dalam dunia korporat selama 15 tahun di Malaysia dan Indonesia sehingga pada tahun 2001 sebelum beliau fokus pada penyelidikan dan pembangunan. Beliau adalah seorang penyelidik dalam teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan industri berasaskan pertanian dan ubat herba selama 10 tahun. Beliau telah membentangkan pelbagai kertas kerja dan merupakan penceramah semasa persidangan berkenaan bidang yang berkaitan.