Khasiat Serai

Anti-Kanser : Citral boleh mematikan Sel Kanser
Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser! Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. 
Pesakit kanser di Israil telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.

Apa itu Citral: Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi mempunyai kandungan yang tinggi di dalam daun serai.

Apa itu Citralife: Citralife merupakan minuman herba serai yang mempunyai kandungan Citral yang tinggi iaitu 280% berbanding serai mentah.

Jurnal dan Kajian
Anti-Oksidan
Kajian terbaru dari 'Food and Nutrition Research Institue' dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser. 

Rujukan
Detoksifikasi- Proses Pembuangan Toksin dari Badan
Minuman Herba Citralife mengandungi Citral yang menyah toksin di dalam badan dengan meningkatkan kekerapan urinisasi dan perpeluhan. Aktiviti ini membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, sistem pencernaan, saluran darah dan membuang bahan toksin yang tidak diperlukan badan melalui proses urinisasi. 
Penyingkiran urik asid dan bahan toksin dari badan mampu mengurangkan berat badan berlebihan seseorang.

Rujukan
Menstabilkan tekanan darah dan Kolestrol
Daun serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.

Meminum minuman herba Citralife setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.


Ahli akademik di 'Department of Nutritional Sciences' dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan mereka, perhubungan diantara serai dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids) pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.  Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai setiap hari. Kesannya, purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.


Sembelit
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

ArtikelArtikel dan Rujukan

Demam dan Selsema
Tumbuhan serai mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba.Serai juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam.

Ensiklopedia dan Rujukan


Senak Perut
Serai selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.
Ensiklopedia



Anti-Bakteria dan Anti-Kulat
Serai mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada kesihatan manusia.

Rujukan

Artritis, Gout dan Sakit Sendi
Serai sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis. Pesakit yang menderita kerana masalah sendi tulang dan urat akan mendapat banyak manfaat dari khasiat serai.

Artikel

Angin di dalam perut
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut. 

ArtikelArtikel dan Jornal


Membantu Sistem Pencernaan Badan
Minuman Citralife menggalakkan sistem pencernaan dan mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. Minuman Citralife juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.
Serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan. Selain itu minuman Citralfe mampu menurunkan lebihan kolestrol seseorang dan dapat mengawal pembinaan selulit di badan.

Artikel

Mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid)

Terbukti untuk Merawat Jerawat dan Jeragat 
Serai digunakan secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Mempunyai elemen anti-bakteria dan membasuh kotoran pada kulit.

Artikel

Kebaikan Mandian Beraroma
  • Merawat masalah kulit.
  • Melembutkan kulit dengan minyak pati citral.
  • Memberi kesegaran dan mengurangkan kelesuan dengan mandian aroma.
  • Baik untuk ibu yang baru bersalin.
  • Baik untuk bayi dan anak-anak yang mempunyai masalah kulit sensitif.
  • Citral mempunyai antiseptik semulajadi untuk membunuh bacteria.
  • Mandian beraroma yang menyenangkan &  menenangkan fikiran.
______________________________________________________
Untuk tujuan sumber maklumat sahaja

Profile Bioaktiviti (muka surat 24-26)
  • Aktiviti anti-bakteria ke atas Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Salmonella paratyphi, Shigella flexneri, Bacillus mycoides, Pseudomonas aeruginosa dan Bacillus subtilis.
  • Aktiviti anti-amoebik terhadap Entamoeba histolyteca.
  • Kajian menunjukkan minyak serai mempunyai aktiviti anti-kulat.
  • Agen antioksidan yang baik.
  • Anti-kanser : hepatokarsinogenesis.
  • Aktiviti anti-mutagenik mutasi kimia yang disebabkan oleh Salmonella typhimurium TA 98 dan TA 100.
  • Memberi kesan analgesik ke atas hiperalgesia yang dirangsang oleh carrageenin atau prostaglandin E2.
  • Merencat pertumbuhan sel fibrosarkoma dan merencat karsinogenesis kolon dalam tikus.

Petua-Petua Tradisi

Merawat Sesak Nafas
10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan 2 gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran segelas. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum. Pada peringkat permulaan ambillah ramuan ini 3 kali seminggu. Jika rawatan menunjukkan peningkatan yang baik, kurangkan pengambilan kepada 2 kali seminggu dan begitulah seterusnya sehingga betul-betul pulih. Rawatan selepas pulih hanya minum sekali pada setiap bulan bagi mengelakkan masalah sama berulang.


Melegakan Rasa Pening dan Lesu Sewaktu Hamil
Sebatang serai diketuk sedikit, 4 cm kulit kayu manis dan 1 biji bungan cengkih dicuci bersih dan dimasukkan ke dalam segelas air panas mendidih. Tambahkan sesudu gula pasir dan dikacau rata. Biarkan sejuk sebelum ditapis dan diminum terutama menjelang waktu tidur atau ketika ingin berehat.

Merawat Sakit Perut/Melawaskan Kencing
Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran 2 gelas. Setelah suam air rebusan ini diminum 2 kali sehari sehingga masalah sakit perut dan keperitan membuang air kecil hilang.


Merawat Sengal-Sengal Sendi Beberapa helai daunnya dibersihkan, ditumbuk atau dikisar bersama sedikit air. Ramuan kemudian disapukan di sendi yang bermasalah.

Mengubati Demam Kuning Secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya 3 kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning itu benar-benar sembuh.


Merendahkan Kolesterol
3 atau 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol dalam badan akan berkurangan.


Mengubati Sakit Akibat Gigi Berlubang
Bahagian hujung serai diruncingkan (sebesar lubang pada gigi berkenaan) dan dipanaskan dengan lilin. Apabila panas, masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit hingga batang serai berkenaan sejuk. Ulangi beberapa kali hingga kesakitanberansur hilang.


Menghindar Gigitan Nyamuk
Daun serai pada kuantiti secukupnya ditumbuk, diperah dan diambil airnya. Air perahan daun serai berkenaan kemudiannya disapu pada badan untuk menghindar gigitan nyamuk.



KENAPA MEMILIH CITRALIFE?

Serai segar baik untuk kesihatan manakala Citralife mudah, jimat dan mempunyai kualiti yang tetap berbanding serai segar dari pasar-pasar.